USCGS Decisive Untuk Coast Guard Malaysia?

17 November 2023

USGCS Decisive WMEC 629 (photos : USCG)

Majlis Persaraan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim

Putrajaya – Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid bersara wajib hari ini setelah berkhidmat selama 17 tahun bersama Maritim Malaysia.

Beliau merupakan seorang Pegawai Kanan Maritim Malaysia yang amat komited dan berwawasan setiap kali diberikan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin di sesuatu Bahagian sepanjang perkhidmatan bersama Maritim Malaysia. Beliau juga pernah menabur bakti selama 24 tahun sebagai pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum ditukar lantik ke perkhidmatan Maritim Malaysia.


Antara kejayaan yang signifikan yang dilaksanakan oleh beliau ialah memacu Pelan Strategik SAR Maritim Malaysia 2021-2025. Mengetuai penilaian ke atas kesesuaian USCG CUTTER DECISIVE untuk diserap dalam Maritim Malaysia serta mewujudkan ruang kerjasama yang lebih meluas dengan pasukan sahabat sama ada daripada dalam dan luar negara seperti PATKOR OPTIMA.

Subscribe to receive free email updates: