Patrol Craft (PC) Ex-SUNDANG Selesai Refit

31 Oktober 2023

Patrol Craft PC Ex-SUNDANG (photo : TLDM)

KUALA TERENGGANU - Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Ts. Shaiful Bahri bin Baharuddin telah menyempurnakan majlis penerimaan PC Ex-SUNDANG yang selesai menjalani refit di Pulau Kambing, hari ini. 

Dalam tempoh terdekat, sebuah lagi PC iaitu Ex-PANAH juga akan diterima.  Melalui inisiatif pindah-milik dan pelaksanaan refit ini, kedua-dua PC telah diberi nafas baharu di mana pendekatan “total make-over” telah berjaya mengubah landskap dan keupayaan kapal. Maklumat tambahan berkaitan program ini adalah seperti di pautan berikut:    

Memindah milik dan mengaktifkan semula kedua-dua PC adalah pendekatan filling the gap.  Semoga PC tersebut  berupaya meneruskan khidmat bakti kepada TLDM dengan flying colours, secara berkesan dan efektif.  Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan inisiatif ini.

Subscribe to receive free email updates: