EKS SOUTHERN TIGER 2023: Penguasaan Operasi Medan, Memperkuat Sinergi TDM dan Tentera Darat Australia

03 Oktober 2023

Eksesais Southern Tiger 2023 (all photos : TDM)

AUSTRALIA: Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (Mekanize) diberi kepercayaan sekali lagi untuk mewakili Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan Eksesais SOUTHERN TIGER 23 bersama 7th Royal Australian Regiment (7 RAR), Tentera Darat Australia (TDA) melibatkan 18 Pegawai dan 92 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Kontinjen ini terdiri daripada Elemen Tempur, Elemen Artileri, Elemen Jurutera, Elemen Perubatan, Elemen Logistik serta Tim Pemerhati daripada MK 4 Bgd (Mek) dan Tim Evaluasi daripada PULAMEK. 


Fasa pertama latihan (Orientasi dan Penyesuaian Kawasan Latihan) telah dilaksanakan bermula 31 Ogos 23 hingga 2 Sep 23 bertempat di RAAF Edinburgh Base, Adelaide seterusnya fasa kedua latihan (Latihan Medan) diadakan di Murray Bridge Training Area (MUTA) dan Cultana Training Area (CUTA) selama 14 hari.
 

Eksesais ini berkonsepkan latihan medan, Field Training Exercise (FTX) yang merangkumi Mechanize Manouvre ,Combined Arms Operation in Build Up Area dan Armoured Breach yang dikoordinasikan oleh 7th RAR di bawah naungan 9th Bde Australian Army.


Pegawai Memerintah 7 RRD (Mek), Lt Kol Mohd Nazri bin Mohd Husin turut terlibat di dalam eksesais sebagai Ketua Delegasi TDM yang telah banyak memberikan buah fikiran serta bimbingan bagi memastikan objektif eksesais tercapai. Selain itu, kontinjen TDM diberikan peluang untuk melawat Cleland Wildlife Centre dan beberapa kawasan menarik di sekitar bandar Adelaide bagi membolehkan Pegawai dan Anggota LLP yang terlibat mendalami serta menyelami budaya masyarakat tempatan.


Majlis Penutup Eksesais Southern Tiger 23 telah dilaksanakan di 7th RAR, Horseshoe Line, RAAF Edinburgh Base yang telah disempurnakan secara bersama oleh Pegawai Memerintah 7 RAR, Lt Col Lambert dan Pegawai Memerintah 7 RRD (Mek), Lt Kol Mohd Nazri bin Mohd Husin, berkonsepkan Majlis Santai.


Ketibaan kontinjen eksesais ini pada 27 Sep 23 di Pangkalan Udara Kuantan telah disambut oleh Panglima 4 Bgd (Mek) serta Staf-staf Briged. Jamuan minum petang bersama YBhg Panglima telah diadakan di penginapan Blok Baghdad, Kem Batu 10.


Dalam ucapan YBhg Panglima, beliau menyatakan hasrat supaya eksesais seperti ini harus diteruskan lagi bagi mendedahkan TDM kepada persekitaran operasi yang dinamik dan membuka minda pada keberkesanan Taktik, Teknik dan Prosedur latihan TDA serta menjaga hubungan bilateral dan semangat kerjasama di antara TDM dan TDA.


Majlis Pembubaran Eksesais SOUTHERN TIGER 23 dilaksanakan di Padang Kawad Kem Batu 5, Mentakab pada 27 Sep 23. Pembubaran telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 7 RRD (Mek). 

(TDM)

Subscribe to receive free email updates: