Kapal LCS Dijangka Siap Pada 2029 - PAC

11 Oktober 2023

KD Maharajalela 2501 (photo : The Star)

KUALA LUMPUR - Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjangkakan kelima-lima kapal akan siap pada 2029 berbanding kontrak asal yang sepatutnya diserahkan pada 2022.

Naib Pengerusi PAC, Wong Shu Qi berkata, tempoh masa pembinaan LCS dilanjutkan lagi kepada 83 bulan.

Ujar beliau, itu antara rumusan yang dibentangkan dalam laporan PAC, yang turut mendedahkan tiada kemajuan bagi pembinaan LCS sejak daripada lawatan PAC Parlimen ke-14 pada 11 Disember 2021 hingga lawatan pada 10 Jun 2023.

“Melalui pelan mobilisasi yang terkandung dalam Perjanjian Tambahan (SA) 5 yang ditandatangani pada 31 Mei 2022, Kementerian Pertahanan (Mindef) merancang dengan lebih teliti selepas kegagalan menepati jadual asal pembinaan LCS yang mana keenam-enam kapal sepatutnya siap pada tahun 2023.

“Isu utama detailed design LCS masih belum diselesaikan, kini berada pada kadar 96 peratus kesiapan di peringkat kontraktor pembinaan dengan hanya 84 peratus sahaja telah melalui peringkat pengesahan, verifikasi dan kelulusan oleh pihak Naval Group daripada Perancis sebagai penguasa reka bentuk LCS.

“Bagaimanapun kontraktor pembinaan memberi jaminan bahawa reka bentuk terperinci perlu disiapkan sebelum Ogos 2024 seperti yang terkandung dalam SA 6,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain itu, ulas Shu Qi, rumusan lain turut memaklumkan keputusan kerajaan mengambil alih Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui penubuhan Ocean Sunshine Bhd (SPV) dapat membantu mengembalikan kepercayaan pemegang saham, pihak bank dan pihak pembekal dalam pelaksanaan projek pembinaan LCS.

“Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan bilangan LCS daripada enam ke lima buah berikutan pembinaan blok LCS 6 masih belum dimulakan dan peralatan yang telah dibeli boleh digunakan pada LCS yang lain.

See full article Sinar Harian

Subscribe to receive free email updates: