Destini Dapat Tambahan Kontrak Daripada MINDEF

14 Januari 2023

MD530G TDM (photo : Izarul Lee)

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Destini Bhd, Destini Prima Sdn Bhd menerima kontrak tambahan daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang membabitkan kenaikan nilai siling kontrak daripada RM121 juta kepada RM181.5 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata pihaknya berbesar hati menerima kontrak tambahan dengan nilai siling yang dinaikkan, dengan tarikh tamat kontrak yang sama.

Kontrak itu bermula pada 1 Julai 2020 dan berakhir pada 30 Jun 2023.

Kumpulan itu memaklumkan kepada Bursa pada 9 Julai 2020 bahawa ia dianugerahkan kontrak MINDEF untuk membekalkan bahagian pesawat bukan proprietari kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Destini Prime, satu daripada 30 syarikat tempatan yang dikenal pasti oleh MINDEF untuk menerima surat lantikan itu, yang pada asalnya mempunyai nilai siling gabungan kira-kira RM121 juta.

Subscribe to receive free email updates: