Eksesais Taming Sari 22/23 Akan Laksanakan Tembakan Salvo Exocet MM40

06 Desember 2023

KD Lekiu FFG 30 (photo : Wiki)

Eks Taming Sari 22/23 Uji Kesiagaan Kombatan Armada TLDM

Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Fadhil bin Abdul Rahman telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Eksesais TAMING SARI Siri 22 Tahun 2023 (Eks TAMING SARI 22/23) di Auditorium Zain, Pusat Taktikal Maritim (PUSTAKMAR), Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Eks TAMING SARI merupakan latihan penembakan misil oleh aset kombatan TLDM bagi menguji keupayaan dan kesiapsiagaan sistem peluru berpandu di kapal serta tahap kompetensi The Navy People.

Eksesais kali ini dijadualkan bermula dari 4 hingga 16 Disember 2023 dengan menggunakan konsep penembakan misil Exocet MM40 salvo size two oleh dua buah kapal penembak iaitu KD LEKIU dan KD LEKIR di utara perairan Selat Melaka. 

KD Lekir F26 corvette (photo : TLDM)

Selain penembakan misil, Eks TAMING SARI 22/23 turut menguji keupayaan aset-aset lain yang terlibat. Sebanyak 14 buah kapal, 8 bot dan 12 pesawat dari TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terlibat untuk menjayakan eksesais ini.

Dalam ucapannya, Timbalan Panglima Armada Barat menyatakan dengan lanskap geo-strategik yang semakin mencabar ketika ini, amat penting untuk Armada TLDM kekal relevan dalam konteks pertahanan maritim.

Beliau berharap agar melalui Eks TAMING SARI 22/23 akan mempamerkan keupayaan kuasa tempur TLDM sekaligus membuktikan bahawa ia masih lagi bertaring di arena pertahanan maritim, kredible dan mampu mempertahankan kedaulatan perairan negara.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada kesemua peserta eksesais untuk sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dan mempamerkan tahap profesionalisme yang terbaik bagi menjayakan penembakan misil pada kali ini.

Subscribe to receive free email updates: