Lawatan Kerja Panglima Angkatan Tentera ke Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP)

29 Desember 2023

Kendaraan serbu 4x4 BOPKP TUDM (photos : TUDM)

SUNGAI BESI – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman telah melaksanakan lawatan kerja rasmi beliau ke Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP) di Sungai Besi, hari ini.


Ketibaan beliau telah disambut oleh Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Mejar Jeneral Dato’ Noorrul Azril bin Ariffin dan Ketua Pengarah BOPKP, Kolonel Mohd Zairul Hisham bin Muhammad Ibrahim TUDM.

Sebelum memulakan program lawatan, Panglima Angkatan Tentera telah diberi taklimat berkaitan perkembangan terkini pasukan terutamanya daripada sudut kesiapsiagaan dan dalam masa yang sama meneliti penambahbaikan yang diperlukan dalam usaha meningkatkan keupayaan selari dengan ancaman semasa.

Usai taklimat, beliau telah dibawa ke Lapang Sasar Praktikal BOPKP bagi sesi Demonstrasi Kesiagaan BOPKP dan Speed Shooting serta Tactical Fitness Agility Shooting. Lawatan telah diakhiri dengan majlis makan tengah hari bersama warga BOPKP dan sesi menandatangani buku lawatan serta sesi penyampaian momento kenangan.

(ATM)

Subscribe to receive free email updates: