Perolehan Multi Role Support Ship (MRSS) TLDM Ditangguh Lagi

03 Mei 2023

KD Sri Indera Sakti 1503, Multi Role Support Ship (photo : Trias Logistics)

Walaupun mengakui bahawa keperluan pemilikan Multi Role Support Ship (MRSS) itu adalah amat penting, tetapi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa menangguhkan perolehan kapal jenis itu.

Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob memberitahu bahawa perolehan MRSS itu terpaksa ditangguhkan untuk memberikan laluan kepada perolehan-perolehan aset lain.

“Dengan kedudukan geografi negara yang terbahagi kepada dua wilayah dan dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan jarak terdekat sejauh 568.42 kilometer, kita memerlukan platform sebegini bagi bantuan logistik dan mengukuhkan keperluan.”

“Bagaimanapun, setakat ini perolehan MRSS terpaksa ditangguhkan dahulu bagi memberikan laluan kepada perolehan Littoral Mission Ship (LMS) dan juga penyelesaian perolehan Littoral Mission Ship (LCS) serta program peningkatan keupayaan kombatan untuk aset sedia ada.”

“Perolehan MRSS akan dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13),”kata beliau dalam temuramah dengan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini,

RMK13 akan hanya bermula pada tahun 2026 sehingga 2030, bermakna TLDM akan hanya boleh memperolehi MRSS kira-kira tiga tahun daripada sekarang dan itu pun jika program perolehan kapal jenis itu tidak ditangguhkan lagi kepada Rancangan Malaysia yang seterusnya (seperti apa yang kerapkali berlaku).

Sementara terpaksa menunggu tiga tahun lagi, TLDM perlu menggunakan kapal MRSS sedia ada yang usianya sudah pun mencecah 40 tahun.

Pada 2022, belanjawan pertahanan Malaysia sekitar RM16 bilion berbanding RM37 bilion di Indonesia dan RM65 bilion di Singapura.

See full article DSA

Subscribe to receive free email updates: