Lawatan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob di Stesen LIMA TLDM untuk meninjau operasi Skn 601 (all photos : MPA Barat)
(DSA) – Eksesais Angkasa Samudera (Eks ANGSA) yang sedang berlangsung pada ketika ini telah menunjukkan bahawa Skn 601 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengendalikan sistem Unmanned Aerial System (UAS) “ScanEagle” telah pun beroperasi di Stesen LIMA TLDM, di Terumbu Layang-Layang yang berada di Kepulauan Spratly.
Tidak jelas samada penempatan Skn 601 di Stesen LIMA itu adalah tetap atau hanya sepanjang berlangsungnya Eks ANGSA.
Bulan lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa TLDM akan mengoperasikan sistem UAS “ScanEagle” di Stesen LIMA yang terletak di Terumbu Layang-Layang, Kepulauan Spratly.
Kehadiran sistem UAS “ScanEagle” dan peralatan sokongannya bakal meningkatkan lagi kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) TLDM di sekitar Terumbu Layang-Layang dan Kepulauan Spratly amnya yang sentiasa “panas” itu.
Sebagaimana yang kita ketahui, Kepulauan Spratly yang dikatakan kaya dengan minyak dan gas itu adalah “panas” dengan beberapa negara serantau seperti China, Vietnam dan Filipina mendakwa keseluruhan kawasan kepulauan itu atau sebahagiannya adalah hak milik mereka.
TLDM mula menerima sistem dron ScanEagle itu pada Mei 2020 dan kini dioperasikan oleh Skuadron 601 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
See full article DSA