Kuwait Pilih Upgrade TUDM Boleh Ucapkan Selamat Tinggal Pada Opsi Pesawat F/A-18 Hornet Kuwait

17 Juni 2023

Pesawat tempur F/A-18 Hornet Royal Kuwait Air Force (RKAF) saat mengikuti Latihan Eastern Falcon. Malaysia mempunyai inisiatif untuk mendapatkan sebanyak 33 pesawat tempur F/A-18 Hornet milik Kuwait (photo : DVIDS)

(DSA) -- Niat Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memiliki pesawat pejuang F/A-18 Hornet milik Kuwait nampaknya sudah boleh dilupakan berikutan tindakan terkini oleh negara Timur Tengah itu.

Kuwait bercadang terus menggunakan pesawat Hornetnya, selagi ia belum lagi menerima pesawat pejuang Super Hornet yang dibelinya.

Tiga hari lepas, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan ia telah meluluskan kemungkinan Foreign Military Sales (FMS) kepada kerajaan Kuwait kerja-kerja kejuruteraan dan penyelenggaraan bernilai US$1.8 bilion.

Kerja-kerja kejuruteraan itu termasuklah menaiktaraf perisian, naiktaraf komponen enjin, pembaikan alatganti enjin dan pesawat dan lain-lain.

Kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf pesawat Hornet Kuwait itu berkemungkinan membawa maksud bahawa negara Timur Tengah itu belum lagi bersedia untuk “berpisah” dengan pesawat-pesawat Hornet miliknya sama ada kepada Malaysia atau pihak-pihak lain.

Ia kerana penghantaran pesawat pejuang Super Hornet yang dipesannya daripada Amerika Syarikat itu berdepan dengan kelewatan.

Bercakap di Parlimen, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, kementeriannya serta Menteri Pertahanan terdahulu telah menulis surat sebanyak tiga kali kepada kerajaan Kuwait menyatakan hasrat negara untuk memperolehi pesawat-pesawat pejuang terpakai F/A-18C/D milik negara Arab itu.

Kini kita sudah tahu bahawa Kuwait tidak membalas surat kita adalah kerana mereka sememangnya tidak mempunyai niat untuk melepaskan pesawat-pesawat Hornetnya.

Mohamad Hasan yang lebih dikenali dengan panggilan “Tok Mat” berkata, walaupun pesawat-pesawat F/A-18C/D milik Kuwait itu adalah terpakai tetapi ia masih boleh digunakan kerana “flying hours” (jam penerbangannya) masih rendah dan telah dinaiktaraf.

Malaysia merancang untuk membeli pesawat-pesawat F/A-18 C/D Hornet Tentera Udara Kuwait sebagai satu langkah “stop-gap measures” (langkah sementara) sebelum Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilengkapi dengan membeli pesawat (MRCA yang baru.

See full article DSA

Subscribe to receive free email updates: