TDM Pindahkan 26 Gempita 8x8 ke Malaysia Timur

30 Agustus 2023

Kor Armor Diraja (KAD) Malaysia mempunyai 5 Rejimen Armor dan 1 Sekuadron Armor (Para). Rejimen 1 KAD di Pahang, Rejimen 2 KAD di Port Dickson (Negeri Sembilan), Rejimen 3 KAD di Perak, Rejimen 4 KAD di Kuching, serta Rejimen 5 KAD di Sabah (photo : KAD)

Acara perbarisan serah terima kenderaan perisai 8x8 Gempita

PORT DICKSON: Pengarah Kor Armor Diraja, Brigedier Jeneral Mohd Fazly bin Mat Said telah menyaksikan acara Perbarisan Serah Terima Kenderaan Perisai (KP) 8X8 GEMPITA di antara Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) dan Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) di Padang Kawad Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD), Kem Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Acara Penyerahan Replika KP 8X8 GEMPITA turut diadakan di antara Pegawai Memerintah 1 KAD, Leftenan Kolonel Zainal Azli bin Ismail dan Pegawai Memerintah 4 KAD, Leftenan Kolonel Ts. Dr. Wong Wai Loong.

Sebanyak 26 kenderaan perisai Gempita 8x8 dari total sebanyak 257 unit dipindahkan dari 2 KAD di Negeri Sembilan (Malaysia Barat) ke 4 KAD di Johor, Malaysia Timur (photo : KAD)
 
Perbarisan yang diketuai oleh Mejar Izzudin bin Dato' Abidin merupakan acara simbolik untuk lakaran sejarah apabila Tentera Darat telah bersetuju untuk membuat pemindahan KP 8X8 GEMPITA daripada 1 KAD kepada 4 KAD bagi menampung keperluan operasi, latihan dan kompitensi krew 4 KAD, 1 Divisyen dan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.

Perpindahan akan dilaksanakan dalam 2 peringkat menggunakan perkhidmatan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD MAHAWANGSA mulai bulan September dan dijangka selesai pada pertengahan bulan Oktober 2023.

Turut hadir, Pegawai Memerintah 2 KAD, Leftenan Kolonel Maslan bin Ukkas, wakil Pegawai Staf Jabatan Arah Armor, wakil Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat dan wakil Markas Tentera Darat - Cawangan OPLAT.

Subscribe to receive free email updates: