Proyek LCS Akan Dimulai Lagi Bulan Depan

17 Agustus 2023

KD Maharaja Lela (photo : adf20021021)

Pembinaan LCS dijangka disambung semula bulan depan - Panglima TLDM

KOTA KINABALU: Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka disambung semula mulai bulan depan, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Beliau berkata pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.

"Lima kapal LCS akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat dengan kapal pertama dijangka diserahkan pada penghujung 2026," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutup Eksesais Angkasa dan Samudara (Eksesais ANGSA) Siri 14/23 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar dekat sini hari ini.

Mengenai projek Kapal Misi Pesisir (LMS), Abdul Rahman berkata ia masih lagi di peringkat mengenal pasti pembina sesuai untuk melaksanakan pembinaan projek itu berdasarkan spesifikasi ditetapkan TLDM.

"Peruntukan telah diberikan, kita mengharapkan kontrak tersebut dapat dimeterai selewat-lewatnya pada tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan dengan jangkaan 36 bulan untuk disiapkan," katanya.

See full article AstroAwani

Subscribe to receive free email updates: