Kementerian Kewangan Batal Perolehan Aset Meriam SPH 155mm Yavuz

13 April 2023

Yavuz 155mm SPH (photos : MKE)

KUALA LUMPUR – Perolehan aset meriam mudah gerak (SPH) 155mm Yavuz dari Turkiye telah dibatalkan.

Perkara terebut disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat.

“Kementerian Kewangan pada 16 Januari 2023 telah memutuskan bahawa cadangan perolehan SPH secara rundingan terus dibatalkan,

“Buat masa ini, Kementerian Pertahanan bersama Agensi Pusat sedang berbincang untuk melaksanakan perolehan peralatan ini secara  Government to Government (antara kerajaan),” katanya dalam Jawapan Bertulis kepada Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan.

Saifulruddin sebelum itu meminta penjelasan dari Menteri Pertahanan berhubung perolehan155mm Yavuz keluaran syarikat MKE.

Menurut beliau, kerajaan lalui telah mengeluarkan surat niat (LOI) untuk mendapatkan aset tersebut dari Turkiye.


Perolehan SPH merupakan sebahagian daripada rancangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertingkatkan ketumbukan Tentera Darat Malaysia.

Usaha perolehan sistem artileri tersebut telah lama dilakukan namun sehingga kini belum dapat direalisasikan.

Sebelum ini, Malaysia pernah ditawarkan 30 buah M109A5 oleh Amerika Syarikat melalui Excess Defence Articles (EDA). Pun begitu, perolehan ini telah dilaporkan telah dibatalkan pada sekitar 2019.

Pada Pameran DSA 2022, syarikat pengeluar Perancis, Nexter telah meterai MoU dengan Advanced Defence Systems (ADS) bagi mempromosikan CAESAR 6×6 kepada Tentera Darat Malaysia. Nexter dan ADS sudah tentu dikenali umum dengan perbekalan meriam LG1 Mk III yang kini dioperasikan oleh Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para).

Pun begitu, pembatalan kontrak rundingan terus Yavuz oleh Kementerian Kewangan sekaligus menandakan persaingan perolehan SPH untuk Tentera Darat masih lagi diteruskan.

Malah, perolehan Yavuz sudah tentu tidak terlepas daripada kontroversi seperti mana ditimbulkan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli (kini Menteri Ekonomi) pada tahun 2022.

See full article AirTimes

Subscribe to receive free email updates: