Mindef Mencari Firma untuk Menghantar Lima Aircraft Refueller TUDM

08 Februari 2023

Lima unit kenderaan Aircraft Refueller akan diperoleh TUDM (photo : Youyang)

Lima Buah Aircraft Refueller Buatan Korea Selatan Untuk TUDM

(DSA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memperolehi lima buah Aircraft Refueller buatan syarikat Korea Selatan .

Kementerian Pertahanan menerusi laman e-perolehan beberapa hari lepas telah mengiklankan tender bagi mendapatkan Multimodal Transport Operator (MTO) untuk menghantar lima unit Aircraft Refueller 40001G itu daripada Korea Selatan ke Malaysia.

Pangkalan memuat dinyatakan dalam iklan tender itu adalah Pelabuhan Pyeongtaek, Korea Selatan ke Pelabuhan Klang dan seterusnya ke Depoh Materiel Utama, Pangkalan Udara Subang.

Iklan tender bagi MTO untuk menghantar lima buah kenderaan Aircraft Refueller setiap sebuah seberat 11 tan itu bermula daripada 30 Januari 2021 dan berakhir semalam.

Syarikat pembekal kenderaan Aircraft Refueller yang diperolehi itu adalah Youyang Ground Support Equipment Inc yang berpangkalan di Hwaseong, Korea Selatan.

Agen dalam negeri sebagaimana dinyatakan dalam laman e-perolehan itu adalah RUHM Engineering.

Setakat ini tiada maklumat dimana kelima-lima Aircraft Refueller buatan Korea Selatan itu akan ditempatkan setibanya di Malaysia. 

(DSA)

Subscribe to receive free email updates: