Tentera Darat Malaysia Segera Terima 4 Helikoper Black Hawk

12 Maret 2023

Helicopter Black Hawk (photo : Wiki)

Rejimen 883 PUTD dirasmi, Tentera Darat akan peroleh 4 buah helikopter Black Hawk

KLUANG -- Pangima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain hari ini menyatakan Tentera Darat Malaysia (Tentera Darat) akan memperolehi 4 buah helikopter Black Hawk.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan bersempena Majlis Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-28 dan Hari Ulang Tahun Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) ke-28 di Kem Mahkota, Kluang, Johor.

“Dengan cadangan dan sokongan dari PUTD, kita telah dapat meyakinkan pihak Kementerian Pertahanan Malaysia untuk mendapatkan 4 buah lagi Blackhawk,” katanya.

Menurut beliau, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia memaklumkan bahawa proses perolehan tersebut hanya menunggu fasa meterai Surat Setuju Terima (SST).

“Insya Allah Mei dan bulan Jun, Black hawk akan diterima dan berkhidmat dengan PUTD,” kata Zamrose yang memetik makluman dari Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Panglima Tentera Darat menegaskan perolehan helikopter Black Hawk ini adalah berdasarkan kehendak dan keperluan yang disuarakan oleh warga PUTD.

Terdahulu, Zamrose menyempurnakan perasmian penubuhan Rejimen 883 PUTD.

“Pasukan ini bertanggungjawab menentukan pengoperasian dan penyelenggaraan pesawat MD530G dilaksanakan sebagaimana yang dirancang,

“Dengan tertubuhnya 883 PUTD ini, diharap akan membantu meningkatkan keupayaan dan keberkesanan pasukan udara tentera darat dalam pencapaian visi dan misinya,” kata Zamrose.

Tentera Darat telah menerima 6 buah helikopter MD530G pada 10 Februari 2022. Menurut Panglima Tentera Darat, perolehan helikopter ini  telah melonjakkan keupayaan taktikl udara pasukan ini dalam memberi bantuan tembakan yang berkesan.  (AirTimes)

Black Hawk diperoleh secara sewaan, penutup jurang sementara ketiadaan Nuri

4 buah helikopter yang akan diterima oleh Tentera Darat Malaysia dalam masa terdekat dimaklumkan berkemungkinan diperolehi secara sewaan.

Beberapa sumber memaklumkan kepada Air Times bahawa perolehan tersebut tidak melibatkan pembelian terus dari pengeluar iaitu Sikorsky.

“Melihat semula kepada ucapan Panglima Tentera Darat, helikopter terbabit akan diterima dalam masa yang terdekat dan hanya menanti Surat Setuju Terima (SST),

“Ini memandangkan perolehan aset dari Amerika Syarikat perlu melalui prosedur termasuk Foreign Military Sales (FMS),” kata sumber yang maklum dengan perolehan dari negara kuasa besar itu.

Penerimaan 4 buah helikopter ini juga perlu dilihat sebagai “stop-gap measure” selepas helikopter Nuri dibersarakan pada 2021.

“Senario pertahanan sebelum ini tidak begitu memberansangkan dengan melihat beberapa perolehan yang tertangguh sehingga menyebabkan aset yang sepatutnya diganti masih lagi beroperasi.

See full article AirTimes

Subscribe to receive free email updates: