TDM Terima Sejumlah Aset Baru

23 Maret 2023

Serah terima sejumlah aset baru untuk TDM (all photos : TDM, BTDM)

Kesiagaan TDM Terus Dipertingkat

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen yang telah diselaraskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat (BPP TD) hari ini.


Dalam acara ini telah diadakan penyerahan Aset Mobiliti iaitu 4 unit Rapid Intervention Vehicle dari Dermaga Oil & Gas Sdn Bhd dan 51 unit Trak 1 Tan GS Kargo dari Global Komited Sdn Bhd. Selain Aset Darat, Tentera Darat Malaysia (TDM) juga telah menerima Aset Perairan yang terdiri daripada 15 unit Boat Trailer dari Arena Mission Sdn Bhd dan 1 unit Logistic Support Bridge dari Stare Resources Sdn Bhd.


Untuk Aset Persenjataan, TDM telah menerima 13 unit Heavy Machine Gun (HMG) 12.7 mm dari Barincorp Sdn Bhd dan diakhiri penerimaan Aset Komunikasi iaitu 1000 unit Very High Frequency (VHF) Section Set dari Mindmatics Sdn Bhd.


Perolehan baharu secara berperingkat sejak awal 2022 yang lalu menjadikan kesiagaan TDM sentiasa berada di tahap yang amat memuaskan sama ada dalam mempertahankan keselamatan negara dan bantuan kepada rakyat negara ini.


Turut hadir mengiringi PTD adalah Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Haji Rusni bin Saad, Pegawai-Pegaai Kanan Tentera Darat dan wakil-wakil syarikat yang terlibat.


Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” jelas diperkasakan melalui perolehan aset baharu seperti ini yang menumpukan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM.

(TDM)

Subscribe to receive free email updates: