Selain beberapa kontestan yang telah muncul ke publik, diantara pemain baru adalah Hyundai HDC-2000 (image : HHI)
Perolehan LMS dibuat secara G2G dengan syarat terpilih
KUALA LUMPUR: Perolehan kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dilaksanakan melalui pendekatan rundingan antara kerajaan (G2G) yang dibuat dengan syarat terpilih.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kajian pasaran sudah dilaksanakan terlebih dulu membabitkan semua syarikat yang sudah mengemukakan tawaran.
Fincantieri menyodorkan FCX-15 corvette (image : Fincantieri)
Katanya, tender berhubung LMS sudah dibuat dan penilaian diberikan kepada sembilan syarikat yang membuat pembidaan.
"Ia sudah dinilai dan dibuat kajian oleh jawatankuasa penilaian oleh pihak TLDM. Apabila pihak TLDM sudah menilai dan tahu apa model yang ingin dibeli, spesifikasi dan daya kombatan yang diperlukan, maka rundingan G2G akan dimulakan.
ADSB menyodorkan Corvette 92M (photo : EDR Magz)
"Kita akan membuat memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan berkenaan, daripada mana syarikat yang dipilih oleh kerajaan negara terbabit, jadi kita akan buat kontrak untuk pembinaan LMS," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, kontrak perolehan empat LMS dimeterai secara rundingan terus di antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017.
Dearsan menyodorkan korvet C92 (image : Dearsan)
Bagi tujuan pembinaan kapal LMS, BNSSB dengan kerjasama China Shipbuilding Offshore and International Corporation akan melaksanakan pembinaan dua LMS di Wuhan Shipyard, China dan diikuti dua lagi di Lumut.