Perolehan Empat Buah Helikopter AW189 Disetujui untuk APMM

24 Januari 2024

Helikopter AW189 untuk Malaysia (image: Leonardo)

Majlis serahan surat setuju terima perolehan Empat Buah Helikoptaer Medium Lift APMM

Putrajaya – Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima bagi Perolehan Empat Buah Helikopter Medium Lift Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri di Bilik Mesyuarat Pertiwi, Setia Perkasa 1, Kementerian Dalam Negeri.

Perolehan ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2022. Kontrak ini telah dianugerahkan kepada Syarikat Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd yang berjaya untuk melaksanakan perolehan empat buah helikopter jenis AW189 lengkap dengan kelengkapan peralatan misi untuk menyokong operasi Jabatan/  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Majlis turut dihadiri YBrs. Tuan Haji Khairuddin bin Bakar, Setiausaha Bahagian Perolehan, YBhg. Laksamana (M) Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin, Ketua Pengarah APMM dan wakil syarikat.

Subscribe to receive free email updates: