Empat Galangan Turkiye Bersaing Untuk Program LMS Batch 2 TLDM

10 Januari 2024

Program LMS Batch 1 telah menghasilkan 4 kapal dari galangan China (photo: TLDM)

Syarikat Pembina Kapal Turkiye Mana Akan Bina LMS Batch 2 Untuk TLDM?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang diketahui, Kementerian Pertahanan sedang melakukan “due diligence” (audit) terhadap beberapa syarikat pembina kapal Turkiye sebelum memutuskan syarikat mana yang akan membekalkan kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perolehan tiga buah kapal LMS Batch 2 yang pertama untuk TLDM itu akan dilakukan secara Government-to-Government (G-to-G) di antara kerajaan Malaysia dan Turkiye bagi mengelakkan perolehan kapal-kapal itu berjalan dengan lancar dan tidak mengalami sebarang kelewatan sebagaimana dialami oleh projek pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS).

Tiga buah LMS Batch II untuk TLDM itu dijangka akan mula dibina pada tahun depan manakala lima buah lagi akan dibina pada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030), menjadikan keseluruhanya kapal LMS Batch 2 yang bakal dimiliki oleh TLDM kepada lapan buah.

TLDM sudah pun memiliki empat buah kapal LMS Batch 1 yang diperolehinya daripada China.

Berbanding dengan empat buah kapal LMS Batch 1 yang hanya dilengkapi meriam kecil, kapal-kapal LMS Batch II yang bakal dibina itu bersaiz lebih besar dan lebih berat serta dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Naval Strike Missile” (NSM).

Sebab itulah nilai keseluruhan kapal-kapal LMS Batch 11 dijangka lebih RM6 bilion berbanding hanya RM1 bilion untuk empat buah kapal LMS Batch 1.

Tiga buah kapal pertama LMS Batch 2 itu dijangka menelan belanja RM2.4 bilion.

Sumber-sumber industri memberitahu Defence Security Asia bahawa, syarikat-syarikat pembina kapal Turkiye yang sedang dinilai oleh Kementerian Pertahanan itu adalah STM, Dearsan Shipyard, ASFAT dan TAIS Shipyard yang mengemukakan beberapa rekabentuk kapal LMS Batch 2 untuk memenuhi keperluan TLDM.

See full article DSA

Subscribe to receive free email updates: