Penamaan dan Pentauliahan Patrol Craft (PC) KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak

20 Januari 2024

KD Sri Sabah 46 dan KD Sri Sarawak 48 (photo: Bernama)

KUANTAN - Upacara Penamaan dan Pentauliahan Patrol Craft (PC) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK telah disempurnakan di Jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan pagi ini.  Bagi penamaan kapal SRI SABAH, majlis telah disempurnakan oleh Puan Sri Dr. Norinah binti Mustapha, isteri kepada Panglima Tentera Laut iaitu sebagai Lady Sponsor.  Manakala isteri kepada Timbalan Panglima Tentera Laut, Datin Zamzelina binti Ahmad pula terhadap kapal SRI SARAWAK. 

Bagi upacara pentauliahan kedua-dua kapal, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob telah membaca Perintah Pentauliahan sebagai simbolik Pentauliahan Kapal. Upacara disusuli dengan pemakaian insignia Pegawai Memerintah kepada Leftenan Komander Mohd Fairuz bin Ahmad Fauzi TLDM, Pegawai Memerintah KD SRI SABAH dan Leftenan Komander Anwar Redhwan bin Lokman Hakim TLDM, Pegawai Memerintah KD SRI SARAWAK.

PC KD Sri Sarawak 46 (photo: TLDM)

Hasil upacara Penamaan dan Pentauliahan, Panglima Tentera Laut menyatakan bahawa pengoperasian KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK di armada TLDM merupakan langkah interim.  Ini bagi memenuhi keperluan operasi di lapangan yang semakin mencabar dan bukan sebahagian pelan pembangunan aset jangka panjang yang memfokuskan kepada perolehan aset-aset baharu. 

Inisiatif warga Navy People pada tahun 2019 seterusnya komitmen limbungan MSET Corporation Sdn Bhd di Kuala Terengganu melaksanakan refit secara extensive membolehkan KD SRI SABAH dan KD SRI SARAWAK berwajah baharu.  Ini membuktikan bahawa industri pertahanan maritim tempatan mempunyai keupayaan dan berpotensi untuk berkembang maju.

PC KD Sri Sabah 46 (photo: TLDM)

Warga TLDM wajar berbangga dengan inisiatif “handover” iaitu pindah milik dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kedua-dua PC, “makeover” (refit) dan “changeover” (penamaan dan pentauliahan), di mana mampu mendokong keperluan operasi yang semakin meningkat. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada warga Navy People agar terus berusaha untuk memastikan TLDM terus maju jaya. 

Subscribe to receive free email updates: