Latihan Amphibious Assault dari 18 RAMD (Para) Tentera Darat Malaysia (all photos : 18BRAMD)
Latihan ini merupakan salah satu latihan yang dilaksanakan dalam Fasa Berpangkalan (Harbouring) bagi Eks ini yang merupakan persiapan untuk fasa seterusnya iaitu Force Integration Training (FIT), Fasa Taktikal dan diakhiri dengan Fasa Serangan Akhir.
Hawaii - Trup 10 Bgd (Para), Eks RIMPAC 2022, yang diwakili oleh Platun dari 18 RAMD (Para) telah melaksanakan latihan amphibious assault bersama aset amfibi Republic of Korea Marine Corps bertempat di Pyramid Beach Marine Corps Base Hawaii (MCBH). Pl RIMPAC 18 RAMD (Para) telah hampir 2 minggu berada di MCBH bagi pelaksanaan Ex RIMPAC 2022. Latihan ini turut disertai oleh negara lain di dalam Combine Task Force (CTF) 176 Eks RIMPAC 2022 iaitu Republic of Korea, Australia, Chile, Indonesia, Sri Lanka, Mexico dan Tonga.
Latihan ini telah dikoordinasikan oleh Republic of Korea Marines Corps selaku Ketua Elemen amfibi CTF 176. Antara latihan yang telah dilaksanakan adalah Teknik,Taktik dan Prosedur (TTP) menaiki dan turun dari Amphibious Armoured Vehichle serta kawad pelaksanaan serangan amfibi.
Pelaksanaan latihan ini merupakan nilai tambah yang amat berharga dan boleh dibawa pulang oleh Pl RIMPAC 18 RAMD (Para) untuk dikongsi bersama anggota pasukan yang lain kelak bagi menyokong Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Kelangsungan Misi dan Kesiagaan".
Selain itu, pelaksanaan latihan bersama negara lain ini juga merupakan medan pertukaran skil dan ilmu pertempuran yang menyokong Tonggak Keempat Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pengukuhan Hubungan Pertahanan".
(18BRAMD)