Eksesais Wira Helo Siri 06/2022 (all photos : TUDM)
Majlis Pembukaan Eksesais WIRA HELO Siri 06/2022 telah dirasmikan oleh Brigadier Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM, Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 pada 27 Jun 22. KS MAWILUD 1 seterusnya menyempurnakan pemakaian “patch” sebagai simbolik perasmian Eksesais kepada para peserta eksesais termasuk wakil daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Eksesais WIRA HELO Siri 06/2022 (Eks WIRA HELO 6/22) adalah salah satu eksesais yang dilaksanakan oleh fleet helikopter TUDM untuk memastikan kompetensi dan kesiagaan anak kapal serta anggota PASKAU sentiasa berada di tahap yang optimum. Di samping itu, ia juga akan meningkatkan keupayaan, prosedur dan keyakinan anak kapal dalam penerbangan secara taktikal dengan menggunakan kaedah penyusupan sama ada pada waktu siang mahupun malam. Secara amnya, pelaksanaan eksesais kali ini adalah berkonsepkan Field Training Exercise (FTX).
Aset TUDM yang terlibat dalam eksesais ini adalah helikopter EC 725 AP dan helikopter AW139. Pelaksanaan eksesais kali ini adalah berlandaskan ‘joint environment/ operation’, dan melibatkan latihan bersepadu bersama 10 Bgd PARA dari Tentera Darat Malaysia dan KD LEKIU dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Melalui eksesais ini akan terus meningkatkan ‘interoperability’ dan kerjasama antara perkhidmatan.
Antara jenis penerbangan yang telah dirancang dalam eksesais kali ini adalah HIE (Helicopter Insection & Extraction), ISR (Intelligence, Surveillance&Reconnaissance), SAREX (SARFIND), CASEVAC/MEDEVAC, Deck Landing Training/Hi-Line Transfer, High Altitude Rescue dan Aerial Sniping/Broadcast. Penerbangan yang utama dan terakhir yang dirancang menggunakan senario adalah Heliborne Assault yang mana akan melibatkan helikopter EC 725 AP dan helikopter AW139 bersama anggota 10 Bgd PARA.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan latihan bersepadu dalam Eksesais Wira Helo Siri 6/22. Eksesais yang telah diadakan pada pada 29 Jun 22 melibatkan penglibatan aset helikopter EC 725 AP dan AW 139. Latihan ini dijayakan dengan kerjasama kapal TLDM dengan penglibatan kapal KD LEKIU dan dilaksanakan pada jarak 10 batu nautika dari Pulau Pangkor.
Helikopter EC 725 AP dan AW 139 telah membuat eksesais “Deck Landing Training” (DLT), “High Line Transfer” (HLT) di atas kapal KD LEKIU serta “photo interpreter” bagi tujuan tinjauan. Melalui latihan sebegini, ia dapat menambahkan lagi pemahaman anak kapal aset-aset terlibat termasuk anggota TLDM khususnya dalam membantu proses menyelamat menggunakan helikopter sekiranya terdapat kecederaan di atas kapal milik TLDM.
Eksesais WIRA HELO SIRI 6/22 yang dirasmikan pembukaannya pada 27Jun 22 memulakan eksesais FTX pertamanya pada 28 Jun dengan latihan fasa penerbangan melibatkan helikopter EC725 AP dan AW 139 serta anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU).Eksesais kali ini juga merupakan eksesais pertama kali melibatkan helikopter AW 139 beraksi bersama helikopter TUDM EC 725 AP.
Eksesais kali ini ialah “Helicopter Insection & Extraction” (HIE) melalui kaedah “fast roping” dan “aerial broadcast” serta “Intelligence, Surveillance and Reconnaissance” (ISR). Eksesais ini dilaksanakan oleh fleet helikopter TUDM untuk memastikan kompetensi dan kesiagaan anak kapal serta anggota PASKAU sentiasa berada di tahap yang optimum.