Latihan Perang Pangkor Siri 30/22 Perkasa Keupayaan dan Kesiagaan Skuadron Korvet ke-24 di Armada Barat TLDM

24 Juli 2022

Latihan Perang Pangkor siri (serie) 30/22 (all photos : TLDM)

TLDM meneruskan pelaksanaan rencana latihan kesiagaan berkala yang melibatkan aset pertahanan maritim negara dari Skuadron Korvet ke-24 iaitu KD Laksamana Tan Pusmah (137), KD Laksamana Hang Nadim (134) dan KD Laksamana Tun Abdul Jamil (135) bersama aset sokongan iaitu Fast Combat Boat TLDM menerusi Latihan Perang Pangkor siri 30/22 di sekitar perairan Selat Melaka hari ini.


Pelaksanaan latihan ini merupakan sebuah landasan yang berupaya dan berkesan untuk melatih dan menilai tahap keupayaan aset serta kecekapan warga Navy People di Armada Barat meliputi perbagai disiplin lapangan antaranya Ilmu Kelautan, Navigasi, dan Latihan Kecemasan semasa beroperasi di laut.


Antara latihan yang dilaksanakan dalam siri ini adalah Latihan Menggeledah, Manuvra Taktis, Formasi Bersauh, serta Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA). Selain itu, Latihan Perang Pangkor ini juga bertujuan untuk memperagakan kehadiran aset pertahanan TLDM disamping melindungi kepentingan maritim di perairan Selat Melaka.

 
Melalui latihan yang dilaksanakan secara berkala, ia diperamati terus memperkasakan kompetensi warga sebagai salah satu persediaan semasa menghadapi eksesais berskala besar.


Ini dibuktikan dengan kejayaan KD Lekir yang mencipta sejarah negara sebagai aset TLDM pertama menembak misil di perairan luar negeri semasa semasa Eksesais Rim of Pacific (RIMPAC) 2022 di perairan Hawaii, Amerika Syarikat pada 12 Julai 2022 yang lalu. Latihan seumpama ini akan terus dipergiatkan pelaksanaan dalam memastikan Armada Barat senantiasa berada pada tahap kesiagaan yang tertinggi selaras dengan keperluan semasa operasi maritim.

Subscribe to receive free email updates: