Targeting Pod “Damocles” Su-30MKM, “Tiada Sasaran Terlepas”
(DSA)– Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mula menggunakan pesawat pejuang Multi-Role Combat Aircraft (MRCA) Sukhoi Su-30MKM buatan Russia pada tahun 2007 dan pada ketika itu ia diakui sebagai pesawat pejuang paling canggih di Asia Tenggara.
TUDM memiliki 18 buah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dibuat oleh Irkut Corporation, yang sememangnya amat unik kerana ia adalah varian yang hanya digunakan oleh kita, tiada mana-mana negara lain menggunakan varian Sukhoi Su-30 seperti kita.
Varian Sukhoi Su-30MKM kita adalah lebih kurang sama dengan Sukhoi-30MKI yang digunakan oleh India, cuma bezanya kita menggunakan beberapa sistem Perancis manakala India pula menggunakan sistem buatan Israel.
Sebab itulah pesawat pejuang paling “canggih” dunia, F-22 “Raptor” sanggup terbang separuh dunia ke Malaysia (pangkalan udara Butterworth) semata-mata hendak berlatih dengan Sukhoi Su-30MKM, sebagaimana yang berlaku pada Eksesais Cope Taufan pada 2014.
Gabungan Sukhoi Su-30MKM, MiG-29N dan F/A-18D Hornet memang menjadikan TUDM sebuah angkatan tentera udara yang unik tetapi amat berbisa.
Ok berbalik kepada pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, mengapa ia unik?
Ia unik kerana walaupun pesawat Sukhoi Su-30MKM ini adalah buatan syarikat Russia dan amat sinonim dengan industri persenjataan negara itu, tetapi Malaysia mengambil pendekatan berani dengan menggabungkannya dengan beberapa teknologi Barat.
Menggabungkan teknologi Russia dan Barat terutamanya pada pesawat pejuang pada ketika itu adalah konsep yang “alien” kerana tidak banyak pihak yang berani mengambil risiko mencubanya.
Hanya selepas Malaysia berjaya menggabungkan kedua-dua teknologi itu pada pesawat Sukhoi Su-30MKM miliknya, barulah beberapa pihak/negara lain berani mencubanya termasuk Russia sendiri yang mula menggunakan sistem-sistem Barat dalam beberapa jenis pesawat pejuangnya.
Antara sistem-sistem negara Barat yang digunakan oleh pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM adalah Head-Up Display, Navigational Forward Looking Infra Red (NAVFLIR), Identification Friend or Foe (IFF) dan “Damocles” Targeting Pod yang semuanya dibangunkan oleh firma pertahanan Perancis, Thales.
Selain itu syarikat Avitronics, yang merupakan anak syarikat Saab di Afrika Selatan pula membekalkan “Missile Approach Warning Systems” (MAWS 300) dan Laser Warning System kepada pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM itu.
Itu yang membuatkan pesawat kita amat unik dan ia diperakui oleh semua pihak termasuk Amerika Syarikat.
Ok admin ingin menarik perhatian kita tentang “Damocles” Targeting Pod buatan syarikat Thales yang digunakan oleh pesawat-pesawat Sukhoi kita serta pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Perancis termasuk Rafale.
Targeting pod ini adalah peralatan yang amat penting bagi pesawat-pesawat pejuang.
Menurut pemerhati, penggunaan “Damocles” Targeting Pod itu menjadikan pesawat Sukhoi Su-30MKM kita setanding dengan pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation.
Damocles ini adalah targeting pod (pod sasaran) generasi ketiga yang mula memasuki perkhidmatan pada 2009.
Banyak cerita tentang apa yang berlaku di Cope Taufan 2014.
Antara ciri-ciri utama Damocles Targeting Pod ini adalah di dilengkapi dengan laser designator jarak jauh,NAVFLIR yang bersepadu, kamera resolusi tinggi dan compatible dengan “Paveway” dan bom-bom panduan laser, sistem persenjataan menggunakan panduan imej dan pelbagai lagi sistem persenjataan udara-ke-udara panduan laser, GPS, INS
Ia juga berkemampuan melakukan pemantauan terhadap “object of interest” di daratan dengan menghantar gambar serta imej secara terus dan pantas ke stesen-stesen di darat pada jarak jauh.
Selain itu Damocles Targeting Pod itu juga direkabentuk supaya ia mampu beroperasi dengan lasak dengan penyelenggaran yang mudah.
Damocles Targeting Pod sebagaimana yang dibawa oleh pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM TUDM mampu memandu (guide) senjata-senjata yang dipandu laser ke sasaran pada jarak 16km.
Ia juga boleh mengenalpasti dengan kadar ketepatan yang tinggi apa-apa objek di darat seperti kenderaan berperisai dan sasaran lain pada jarak 27km jauh.
Reconaissance Identification dan Target Identification Pod Sasaran “Damocles” mampu beroperasi pada siang dan malam serta pada semua keadaan cuaca.
Pesawat-pesawat yang dilengkapi dengan pod sasaran buatan Thales itu juga berkemampuan melakukan analisis selepas serangan pada jarak 27km jauhnya.
Pod Sasaran Damocles juga boleh berfungsi dalam autonomous mode atau cooperative mode.
Selain TUDM, Damocles Targeting Pod turut digunakan oleh Tentera Udara UAE, Tentera Udara Maghribi serta Tentera Udara Arab Saudi pada pesawat-pesawat Panavia Tornado dan Eurofighter Typhoon miliknya.
Disebabkan kejayaan TUDM menggabungkan teknologi dua blok, Russia juga mengambil keputusan untuk memasang Damocles Targeting Pod itu pada pesawat-pesawat Su-34 dan Su-27 miliknya.
(DSA)