KD Jebat 29, F-2000 class frigate (photo : CARAT)
Perang Pangkor Siri 1/22 : Pembuka Tirai Latihan Kesiagaan Armada Barat
𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧 - Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) meneruskan kesinambungan latihan kesiagaan yang dilaksanakan secara berkala menerusi Latihan Perang Pangkor siri 1/22 yang telah direalisasikan di sekitar perairan Selat Melaka. Latihan ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan bertujuan untuk menguji serta menilai tahap kesiagaan dan keupayaan armada serta warganya dalam melaksanakan tugasan teras di lapangan.
Latihan Perang Pangkor Siri 1/22 (photos : TLDM)
Latihan Perang Pangkor siri 1/22 pada kali ini telah disertai dan dijayakan oleh beberapa aset TLDM iaitu KD JEBAT dan KD GEMPITA serta disokong oleh Fast Combat Boat TLDM.
Pelbagai siri latihan telah berjaya diterjemahkan sepanjang latihan berlangsung meliputi aspek latihan Navigasi, Komunikasi, llmu Kelautan dan Peperangan. Sebagai nilai tambah, latihan Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA) juga turut dilaksanakan bagi menguji tahap ketersediaan warga kapal dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka dalam situasi sebenar di lapangan.
Latihan kesiagaan ini adalah merupakan pendekatan efektif bagi mengekalkan tahap profesionalisme warga agar sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dalam mendepani sebarang situasi konflik atau peperangan sebenar. Latihan berkala secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan armada TLDM sentiasa berada ditahap kesiagaan yang tertinggi serta mampu menangani sebarang ancaman yang mendatang pada sebilang masa.
(TLDM)