Tentera Darat Malaysia Terima Pelbagai Aset Baru

27 Oktober 2022

Pelbagai aset baru telah diterima TDM (all photos : TDM)

Perolehan aset baharu kukuhkan ketumbukan Tentera Darat Malaysia

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen yang telah diselaraskan oleh Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat (BPP TD) hari ini.

Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baharu secara berperingkat sejak awal 2022 yang lalu bagi beberapa Kenderaan Jenis B (KJB), sistem persenjataan serta alat pelbagai. Perolehan KJB melibatkan Heavy Expanded Mobility Tactical Truck - Multi Cargo Palletised (HEMTT - MCPLS), Trak 5 Tan dan 1 Tan GS Kargo, Trak 3 Tan GS Kargo (MALBATT), Kenderaan Penarik Meriam dan Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR).


Manakala sebanyak 249 laras senjata baharu telah diperolehi melibatkan 72 unit Mortar 81MM (Complete Set) bersama kenderaan yang dilengkapi TALOS Fire Control System, 27 unit Multiple Grenade Launcher 40MM dan 150 unit Light Anti Tank Weapon Short Range (Rocket Propelled Grenade). Turut diterima ialah 98 unit Assault Boat yang boleh membawa maksimum 12 penumpang dalam satu masa.
 
Turut hadir mengiringi PTD adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Haji Abdul Aziz Samsi Haji Shamsudin, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (AKS OPLAT) Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Malek Razak bin Sulaiman.


Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” jelas diperkasakan melalui perolehan aset baharu seperti ini yang menumpukan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM. 

(TDM)

Subscribe to receive free email updates: