Penutup Eksesais Panah Jaguh Siri 2/2022

18 Oktober 2022

Eksesais Panah Jaguh Siri 2/2022 (all photos : TDM)

JOHOR – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan acara Penutup Eksesais Panah Jaguh (EPJ) Siri 2/2022 di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok, Kota Tinggi hari ini.


Eksesais yang telah berlangsung sejak 10 Oktober 2022 yang lalu merupakan latihan tembakan tahunan sistem pertahanan Artileri Pertahanan Udara bagi menguji tahap kesiagaan pasukan-pasukan Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU). Antara sistem persenjataan yang diuji adalah Meriam 35mm Oerlikon dan Misil Starstreak. 


Eksesais ini dibantu bukan sahaja dari elemen Tentera Darat Malaysia seperti Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), dan Rejimen Ketujuh Renjer Diraja (Mekanize) (7 RRD (Mek)), malah turut dibantu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan beberapa agensi awam seperti Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
 

Turut hadir ke penutup eksesais ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Mahadzer bin Amin (TUDM), Ketua Pengarah STRIDE, Dato’ Aminudin bin Yahya, para pegawai serta anggota dari unit GAPU yang terlibat secara langsung dalam eksesais ini. 

Pelaksanaan eksesais seperti ini adalah selaras dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28, “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” yang menekankan aspek peningkatan keupayaan kuasa tembakan berpandukan penjajaran daripada aset sedia ada. 

(TDM)

Subscribe to receive free email updates: