Kementerian Pertahanan Malaysia Memilih Pesawat ATR 72MP dan UAV Anka

10 Oktober 2022

Malaysia menyetujui pembelian dua pesawat peronda maritim ATR-72MP (photo : Leonardo)

“ATR 72MPA”, “Anka” Sah Jadi Pilihan Kementerian Pertahanan

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal mengoperasi pesawat peronda maritim (MPA) “ATR 72MP” dan sistem Unmanned Aerial System (UAS) “Anka”, selepas perolehannya disahkan oleh Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein hari iniBeliau mengesahkan perolehan kedua-dua aset itu dalam siri ciapannya menerusi akaun Twitter.

“Aset baharu @tudm_rasmi. Untuk perolehan dua (2) buah MPA, Kerajaan telah bersetuju dengan tawaran oleh syarikat Leonardo. Manakala bagi perolehan tiga (3) unit MALE-UAS, Kerajaan telah memutuskan untuk berkontrak dengan syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI).”

“Bagi perolehan MPA & MALE-UAS untuk @tudm_rasmi, @MOFmalaysia telah muktamad kedua-dua tender terbuka antarabangsa,” kata Hishammuddin di dalam ciapannya itu.

Malaysia menyetujui pembelian tiga UAV Anka (photo : TAI)

Sebagaimana yang diumumkan oleh beliau dalam ciapannya itu, Malaysia akan memperolehi dua buah pesawat peronda maritim manakala bagi sistem UAS-Medium Altitude Long Endurance (MALE), negara akan memperolehi tiga buah sistem itu.

Malaysia mempunyai perancangan untuk memperolehi sehingga enam buah pesawat MPA merangkumi beberapa Rancangan Malaysia.

Tiga buah sistem UAS-MALE itu akan diperolehi oleh negara pada Rancangan Malaysia Ke-12 manakala tiga lagi buah akan dibeli pada Rancangan Malaysia Ke-13.

Kerajaan Malaysia telah meluluskan sejumlah peruntukan di bawah Kelulusan Keperluan Kritikal (Rancangan Perbelanjaan (RP)-4) bagi perolehan tiga buah UAS MALE Fasa 1.

See full article DSA

Subscribe to receive free email updates: