RM2.4 bilion Peruntukan Tingkat Upaya Pesawat F/A-18D

11 Oktober 2022

F/A-18D TUDM (photo : G7 Global Aerospace)

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan kira-kira RM2.4 bilion dari Bajet 2023 bagi melaksanakan peningkatan keupayaan sistem dan Sustainment Programme pesawat F/A-18D Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien memaklumkan, penyelenggaraan pesawat F/A-18D ini penting bagi memastikan pesawat berkenaan terus berkeupayaan melaksanakan penugasan seiring tuntutan keselamatan semasa.

“Kerja-kerja penyelenggaraan pesawat F/A-18D ini turut akan dilaksanakan menerusi kerjasama hasil hubungan erat Malaysia-Amerika Syarikat,

“Ia telah diperhalusi dan dipersetujui semasa perbualan telefon saya dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Llyod J. Austin III beberapa hari lalu,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Berhubung dengan pembelian aset baharu, Hishammuddin menjelaskan, sebahagian perolehan aset ini akan dibuat menerusi perancangan kewangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK3-12) memandangkan bajet tahunan yang diberikan agak terhad dan tidak mencukupi.

See full article AirTimes

Subscribe to receive free email updates: