PASKAL Pamer Ketangkasan dalam Misi Penyusupan pada Eksesais Kerismas

15 Oktober 2022

Pamer Ketangkasan PASKAL pada Eksesais Kerismas (photos : ATM)

Panglima ATM Saksikan PASKAL Pamer Ketangkasan Sempena Eksesais Kerismas 27/2022

Kota Kinabalu -  Hari ini bertempat di Stesen LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany serta barisan kepimpinan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) TLDM telah menyaksikan latihan keupayaan dan kompetensi melibatkan Pasukan Khas Laut (PASKAL).


Pasukan elit berkenaan telah mempamerkan ketangkasan mereka dalam suatu misi penyusupan yang turut memperlihatkan kecekapan mereka dalam memastikan misi yang diberi mencapai objektif yang ditetapkan.


Latihan ini adalah bersempena dengan Eksesais KERISMAS 27/2022 (Eks KERISMAS 27/2022) yang dilaksanakan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) serta perairan Laut China Selatan dari 3 hingga 23 Oktober 2022.


Panglima Angkatan Tentera turut ditaklimatkan dengan latihan melibatkan  penyatuan Naval Gunfire Support (NGS) dan Air Defence Exercise (ADEX).


Sempena kehadiran Panglima Angkatan Tentera di kawasan Eks KERISMAS ini juga turut dilaksanakan adalah Shooting Master yang diadakan di Kompleks Menembak Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

(ATM)

Subscribe to receive free email updates: