TUDM dan IAF Pertingkat Kerjasama Operasi Selenggara Pesawat Sukhoi Su-30

13 Februari 2023

Lawatan SMEE IAF ke TUDM (photos : TUDM)

Lawatan Balas Indian Air Force (IAF) Team Program Subject Matter Expert Exchane (SMEE) ke Su-30 Maintenance Facilities Pangkalan Udara Gong Kedak

GONG KEDAK - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menerima kunjungan delegasi daripada pihak Indian Air Force (IAF) bermula pada 31 Januari 23 hingga 4 Februari 23 sempena Program Dua Hala Subject Matter Expert Exchange (SMEE).  Program timbal balas ini merupakan salah satu persetujuan di dalam Mesyuarat Air Staf Talks (AST) di TUDM dan IAF.  Kunjungan balas ini dilaksanakan setelah pihak TUDM melaksanakan lawatan SMEE ke IAF Pune, India pada 29 November 22 hingga 2 Disember 22 yang lalu.


Delegasi daripada IAF diketuai oleh Gp Cpt Davendra Singh Shekawat, Wg Cmdr Nakapham Samarendo Singh, dan Wg Cmdr Nitya Nand Pandey.  Ketibaan delegasi telah disambut oleh Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM selaku Pemangku Komander Pangkalan bersama Eksekutif Pangkalan.

Program dimulakan dengan sesi “Courtesy Visit” bersama Pemangku Komander Pangkalan dan juga Pegawai Memerintah No 12 Skuadron.  Seterusnya, perbincangan SMEE berkenaan penyelenggaraan pesawat Su-30 MKM telah diadakan di Bilik Mesyuarat No 12 Skn yang dipengerusikan oleh Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Shahril Ameir bin Ani TUDM.  Delegasi IAF turut dibawa melawat ke fasiliti barisan kedua bagi penyelenggaraan komponen pesawat Su-30 MKM di Cawangan Kejuruteraan, Hangar STC dan MATRA 3.


Tujuan lawatan SMEE ini diadakan adalah sebagai platform untuk perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam penyelengaraan serta pengoperasian pesawat Sukhoi yang dimiliki oleh kedua-dua negara.

Selain daripada itu, delegasi IAF turut diraikan dengan peluang melawat ke tempat-tempat kesenian dan kebudayaan di sekitar Kuala Terengganu dan Kota Bharu.  Pemangku Komander Pangkalan serta eksekutif pangkalan turut meluangkan masa bersama delegasi IAF dalam jamuan makan malam dan majlis pertukaran momento di antara pihak PU Gong Kedak dan IAF.

Subscribe to receive free email updates: