Rencana tapak radar persisir di kawasan Pantai Timur, Sabah (photo : MY Joint Force)
Tinjauan tapak tersebut dilaksanakan adalah bertujuan untuk meninjau tapak-tapak cadangan bagi projek perolehan radar persisir sekitar timur Sabah di samping mengenalpasti keperluan infra bagi keperluan mewujudkan tapak bagi radar baharu kelak.
TAWAU - Ketua Pengarah Bahagian Perancang Pertahanan, Brig Jen Omar bin Hj. Dawami TUDM dari Bahagian Perancangan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia (Mk ATM) telah melaksanakan Tinjauan Tapak Projek Perolehan Radar Persisir di Kawasan Pantai Timur Sabah bermula 25 hingga 29 Sep 23.
Azumi Camp Semporna, Sabah, Malaysia (image : GoogleMaps)
Selain itu, delegasi turut beramah mesra bersama pegawai dan anggota di kawasan operasi termasuk pos-pos PGA yang terlibat dengan cadangan tapak baharu tersebut. Turut hadir dalam tinjauan adalah Ketua Staf ATB 2, Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM.