Yang di-Pertuan Agong Kunjungi TAI di Turkiye

22 Agustus 2022

Kunjungan Yang Dipertuan Agong ke TAI mencoba kokpit helikopter T129, pesawat latih Hurkus, serta melihat UAV Anka (all photos : Istana Negara)

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam berkenan berangkat ke Turkish Aerospace Industries (TAI) di Fethiye District, Kahramankazan, Ankara sempena lawatan negara selama tujuh hari di Turkiye.


Turut hadir Menteri Pengiring yang juga Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Dato’ Sri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Ambassador Sazali Mustafa Kamal.

Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan pertunjukan udara menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan TAI, antaranya helikopter T129 ATAK dan Gokbey, pesawat tanpa pemandu Anka dan Aksungur serta pesawat latihan Hurkus.


Seri Paduka Baginda kemudian turut berkenan mencuba simulasi pesawat milik TAI.

Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kagum dengan teknologi dimiliki TAI dan berharap agar kerjasama lebih rapat dapat diwujudkan antara kedua-dua negara, khususnya dalam teknologi pembuatan pesawat udara serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada masa akan datang.


Seri Paduka Baginda juga menzahirkan harapan agar Malaysia dapat mempelajari teknologi dimiliki Turkish Aerospace Industry (TAI) selaku pemain utama aeroangkasa negara ini.

Sementara itu, dalam program sama, Seri Paduka Baginda berkenan bertemu dan beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Turkiye, termasuk tujuh pelajar Malaysia yang menjalani latihan praktikal selama sebulan di TAI.


Tujuh pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu adalah pelajar dalam bidang aeroangkasa di UniKL cawangan Banting, Selangor dan juga kumpulan pertama yang terpilih mengikuti latihan praktikal di TAI tajaan UniKL.

Subscribe to receive free email updates: