Refit KD YU Cipta Sejarah, Disusuli Refit KD PARI - Tempoh Paling Singkat

18 Agustus 2022

KD YU-3508 Jerung-class gunboat, komisioning 1976 (photo : TLDM)

SANDAKAN – Upacara penerimaan KD YU (=KD Hiu) pada hari ini setelah selesai menjalani refit adalah amat bermakna, melakar sejarah sebagai projek paling singkat pernah dicapai sejak tahun 1985 iaitu kurang dari 7.5 bulan.  Tempoh ini termasuk dikenakan “stop-work order” hampir sebulan akibat Covid-19. Penerimaan telah disempurnakan oleh Panglima Logistik Timur, Laksamana Pertama Hj Satria Sarawak di Weldan Marine Shipyard Sdn Bhd.

Success story refit KD YU ini adalah keberhasilan pelaksanaan “kaedah baharu projek” yang dikenali sebagai S.M.A.R.T Refit yang melibatkan 3 kapal iaitu KD YU, KD PARI dan KD PAUS.  Lebih membanggakan, kejayaan ini bakal disusuli dengan refit KD PARI di Preston Shipyard Sdn Bhd di mana dirancang diterima pada 19 Ogos 22 (Jumaat) dengan tempoh refit kurang dari 6.5 bulan (termasuk sebulan “stop-work”).  Bagi refit KD PAUS di Labuan Shipyard Sdn Bhd, kapal juga akan diterima pada 19 Ogos 22 dengan tempoh refit kurang dari 7.5 bulan. 

KD PARI-3510 Jerung-class gunboat, komisioning 1976 (photo : DSA)

S.M.A.R.T Refit ini yang dibangunkan sepenuhnya oleh warga Navy People merupakan turning-point pengimplementasian projek selenggaraan berjadual  kapal TLDM di limbungan.  Justeru, ianya telah mendapat perhatian serius beberapa Agensi Kerajaan dan syarikat perkapalan.

Sepanjang projek refit, peralatan dan sistem ketiga-tiga kapal telah dirombakpulih, selain diubah sepenuhnya.  Skop projek melibatkan repowering terhadap sistem kuasa gerak dan sistem penjanaan kuasa elektrik, extensive plate renewal serta aktiviti baik-pulih mengembalikan kondisi peralatan di kapal ke zero-hours.  Impaknya hasil projek refit ini telah memberi nafas baharu kepada KD YU, KD PARI dan KD PAUS yang telah berusia melebihi 40 tahun.

Warga Navy People wajar berbangga dengan kejayaan bersejarah ini disebabkan ianya adalah a giant step terhadap pelaksanaan refit kapal TLDM di limbungan tempatan.  Dalam masa terdekat, tempoh refit tersebut akan disingkatkan lagi ke 4 bulan dengan pendekatan S.M.A.R.T Refit PLUS. Selain itu landscape pelaksanaan refit akan digubah ke “Dimensi Baharu” yang merupakan game-changer bakal dinanti-nanti oleh warga Navy People.  Game-changer ini bertujuan memastikan projek refit akan datang adalah lebih singkat, hasil kerja lebih berkualiti, best value for money dan berdaya saing.  

Justeru, warga Navy People disaran agar terus berinovasi dengan inisiatif baharu berimpak tinggi yang luar daripada kotak (out of the box) bagi memastikan TLDM unggul, cemerlang, gemilang dan terbilang.

(TLDM)

Subscribe to receive free email updates: