Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) atau Malaysian Army Aviation saat ini tertaik dengan helikopter KUH-1 Surion (photo: Kim San Yeong)
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas kejayaan membekalkan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tahun lepas, gergasi aeroangkasa Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) kini mensasarkan untuk membekalkan helikopter kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula.
KAI bersama rakan tempatannya mempertaruhkan helikopter utiliti pelbagai guna, KUH-1 Surion dalam usahanya untuk menembusi pasaran helikopter Malaysia khususnya bagi kegunaan angkatan tentera.
“Helikopter utiliti pelbagai guna KUH-1 Surion adalah platform yang paling sesuai untuk melengkapkan Rejimen 882 PUTD,” kata sumber itu.
Rejimen 882 PUTD bakal memperolehi empat buah helikopter Black Hawk secara sewaan untuk dioperasikannya.
Penyewaan empat buah helikopter itu dikatakan untuk tempoh selama lima tahun.
Menurut sumber itu lagi, helikopter utiliti pelbagai guna KUH-1 Surion adalah sebuah helikopter moden yang memiliki kelebihan berbanding helikopter-helikopter utiliti yang berada di pasaran pada masa ini.
“Antara kelebihan helikopter KUH-1 Surion berbanding helikopter utiliti lain di pasaran adalah, keupayaannya untuk beroperasi pada waktu siang dan malam serta kemampuan untuk beroperasi dalam semua keadaan cuaca.
“Sekaligus ianya mampu memenuhi keperluan operasi dan latihan bagi pengguna terutamanya ketiga-tiga cabang ATM,” kata beliau.
See full article DSA