Kerajaan Suntik RM152.6 Juta Siapkan OPV1

05 Januari 2023

Kapal OPV1 milik APMM (photo : NTSP)

PUTRAJAYA - Kerajaan menyuntik pinjaman tambahan RM152.6 juta bagi pembinaan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Projek OPV itu kini diambil alih Kementerian Kewangan bagi memastikan pembinaan tiga kapal OPV itu dapat disiapkan.

Menurut Anwar; "semua badan-badan penguatkuasa dan siasatan diminta untuk terus melakukan perkara perolehan sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau Kementerian Pertahanan.

"Dua tindakan akan dilakukan, pertama OPV itu mesti disiapkan mengikut jadual sekarang dan kedua tidak melepaskan siapa yang telah menyalah guna kuasa dengan mengaut keuntungan daripada projek ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini.

Berdasarkan tinjauan, projek OPV pertama dijangka boleh disiapkan sekurang-kurangnya pada tahun ini.

(RTM)

Subscribe to receive free email updates: