31 Maret 2023
Combat Boat FCB 212 dan 214 kembali bertugas (all photos : Armada Timur TLDM)Giliran FCB 90HEX 214 pula kembali beraksi!
Selepas penerimaan FCB 90HEX212, FCB 90HEX 214 pula diterima setelah selesai menjalani Rutin Pasang Pulih dan Repowering (RPP) dengan kelengkapan sistem kuasa gerak yang lebih berkuasa ditambah dengan rupacara celoreng baharu, memastikan ia kekal digeruni dan lebih berupaya mengawasi kedaulatan perairan negara di Wilayah Armada Timur.
Majlis Penerimaan RPP FCB 90HEX 214 telah disempurnakan oleh Ybhg Kept Ahmad Azrul bin Maridan TLDM, Timbalan Panglima Logistik Timur di Sandakan Jaya Teknik Sdn Bhd (SJTSB) pada 15 Mac 23. Projek RPP FCB 90HEX 214 diketuai oleh Pengurus Projek, Kdr Ir. Dr. Arman bin Ariffin TLDM dengan Lt Mohd Idzhar bin Anuar TLDM selaku Ketua Pengawas Pembaikan (KPP) dan dibantu oleh bintara projek.
Berwajah baharu !
Fast Combat Boat 90 HEX 212 selesai menjalani Program Rutin Pasang Pulih & Repowering di Kinabalu North Shipyard Sdn Bhd (KNSM), kini berwajah baharu dengan corak celoreng juga dilengkapi dengan jentera utama yang lebih berkuasa tinggi. Dengan rupacara penyamaran baharu ini, FCB 90HEX 212 bakal meneruskan fungsinya mengawasi perairan negara dengan lebih cemerlang di Armada Timur nanti.
Majlis Penerimaan FCB 90HEX 212 telah dilaksanakan di KNSM pada 14 Mac 23 dan disempurnakan oleh Laksma Azizi bin Hj. Ahmad Sarkawi, Panglima Logistik Timur. Tim Projek UPS TLDM Timur yang diketuai oleh Kdr. Ir. Dr. Arman bin Ariffin TLDM selaku Ketua Projek dan Lt Dya Syeril Norsyuhada bt Suhaimi TLDM selaku Ketua Pengawas Pembaikan (KPP) bagi projek tersebut serta dibantu oleh bintara dan laskar projek.