Tentera Darat dan FNSS Bahas Modernisasi Kenderaan ACV 300

08 Februari 2022

Kenderaan perisai ACV 300 buatan FNSS Turki (photo : Cari)

Webinar modenisasi kenderaan perisai ACV 300 Adnan secara maya perkukuh hubungan pertahanan serantau

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain mempengerusikan Webinar–Modenisasi Kenderaan Perisai ACV 300 ADNAN yang diadakan secara atas talian bertempat di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD), Wisma Pertahanan, pada hari ini.

Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai teknologi dan kaedah program modeniasi khususnya bagi Kenderaan Perisai ACV 300 ADNAN, sistem persenjataan generasi baru dan teknologi kenderaan darat tanpa pemandu (UGV). Sesi perbincangan juga merangkumi perbincangan usaha-usaha untuk  mempromosikan pameran DSA & NATSEC Asia 2022 yang akan diadakan pada 28 hingga 31 Mac 2022 nanti.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Mohammad bin Ab Rahman, pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia dan wakil dari DSA, Puan Normah Abu serta wakil dari Syarikat FNSS, Mr Tolga Sipahi.

Sesi perbincangan pertahanan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu, “Pengukuhan Hubungan Pertahanan” di mana ia menumpukan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa.

(TDM)

Subscribe to receive free email updates: