Segerakan Perolehan Kapal Multi Role Support Ship (MRSS) – Panglima Angkatan Bersama

01 Desember 2022

MRSS HDL-13000 sodoran dari Hyundai (image : HHI)

(DSA) – Usaha Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memperolehi dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS) tidak boleh tergendala, malah ia perlu disegerakan,  menurut Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Indera Yazid Arshad.

Menurut beliau,  terdapat keperluan yang mendesak untuk memperolehi kapal MRSS dengan kadar yang segera memandangkan usia kapal MRSS sedia ada sudah berusia hampir 40 tahun. 

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berharap pihak kerajaan terus berusaha agar memastikan aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dipertingkatkan dalam menjaga keselamatan maritim negara. 

“MRSS ini sememangnya amat penting bukan sahaja kepada TLDM itu sendiri malahan di peringkat ATM dan juga negara.

“Aset ini penting bagi memastikan keperluan operasi logistik serta sokongan bantuan kemanusiaan dan bencana alam atau lebih dikenali sebagai Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) di dalam dan luar negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Tali KD Mahawangsa Sempena Pelayaran ke Lubnan Bagi Ulangbekal Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10.

Yazid berkata bagi memantapkan lagi pengoperasian, TLDM memerlukan sekurang-kurangnya empat MRSS dengan dua buah daripada kapal itu beroperasi di Armada Barat (Lumut) manakala dua buah kapal selebihnya beroperasi di Armada Timur (Sabah). 

Pada September 2021, bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dalam jawapan bertulis di Parlimen menyatakan bahawa kerajaan bercadang akan melakukan perolehan dua buah kapal MRSS untuk TLDM bermula pada tahun 2024.

Ia adalah untuk memenuhi keperluan operasi ATM menerusi kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

See full article DSA

Subscribe to receive free email updates: