KD Jerong Kapal Kelima Selesai Repowering

16 April 2021

KD Jerong Fast Attack Craft 3505 (photo : TLDM)

SANDAKAN - KD JERONG yang merupakan salah satu kapal di Skuadron Fast Attack Craft (FAC) kelas Meriam merupakan kapal kelima selesai menjalani repowering melibatkan sistem kuasagerak (propulsion system) secara total. Repowering ini adalah projek penggantian kesemua jentera utama, kotak gear, shafting, propeller dan set janakuasa dimana ianya sebahagian skop rutin refit KD JERONG di Limbungan Weldan Marine Services Sdn Bhd.

Hasil inisiatif repowering ini telah membolehkan sebahagian aset di Armada TLDM diberi nafas baharu dengan peningkatan keupayaan beroperasi, jangka hayat lebih panjang, supportability yang lebih baik dan memberi ROI yang tinggi kepada TLDM/Kerajaan. Di antara ROI yang dimaksudkan adalah seperti penggunaan minyak yang jimat kerana menggunakan teknologi moden, MTBO (Mean Time between Overhaul) yang lama, kadar pelepasan karbon yang rendah, kos alat ganti akan datang yang kompetitif dan sebagainya.

Inisiatif repowering terhadap FAC telah bermula sejak penghujung tahun 2017 setelah ianya diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi TLDM. Inisiatif tersebut adalah cetusan idea warga Navy People di mana sebelum ini, pendekatan sedemikian boleh dianggap MUSTAHIL untuk direalisasikan. Justeru, warga Navy People wajar berbangga dengan inisiatif ini dan disaran terus berinovasi untuk meningkatkan keupayaan operasi Armada TLDM, khususnya dalam aspek Man, Machine and Method (Process).

(TLDM)

Subscribe to receive free email updates: