02 Februari 2021
Meriam G5 155mm pada Eksesais Kuasa Tembakan di Gemas Range 2011 (photo : Panggilan Pertiwi)Meriam Bertunda G5 155 mm 42 kaliber dari Afrika Selatan merupakan meriam yang dihasilkan oleh firma Denel Afrika Selatan. Versi ini direka berdasarkan versi 45-kaliber GC-45 howitzer yang direka cipta oleh Gerald Bull, Sepanjang ia dihasilkan meriam ini telah menjalani beberapa modifikasi dan variasi sehingga kepada model yang terbaru G5-2000 52-kaliber.
Meriam G5 155mm (photo : Edwin Lay)Pasukan Artileri Afrika Selatan kebiasaannya mengoperasikan meriam ini dengan 5 orang. Ia juga boleh dioperasikan dengan 2 orang jika semua sistem dapat dioperasi dengan sepenuhnya. Meriam Artileri Bertunda G5 ini telah dioperasi di beberapa negara seperti Iraq, Israel, Oman dan juga Malaysia.
Meriam G5 155mm mempunyai 4 roda (photo : Malaysian Defence)Meriam Artileri G5 Malaysia
Pada tahun 2000 malaysia telah menempah sebanyak 28 buah sistem meriam bertunda 155mm 45-kaliber G5 Mark 3 dan diterima pada bulan Disember.
Pada Oktober 2000, Kumpulan Denel dari Afrika Selatan telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk membekalkan Sistem Artileri G5, eksesori, sistem kawalan tembakan, sistem peluru, begitu juga dengan sistem sokongan logistik dan pekej latihan. Perjanjian yang ditandatangani ini bernilai USD 50 juta (RM 200 juta), Ini bermakna 1 unit sistem artileri ini berjumlah USD 2 juta .
Meriam G5 155mm (photo : Malaysian Defence)
Versi Mk 3 ini merupakan versi G5 yang terkini yang dihasilkan sejak 1980-an dengan memasukkan sistem kawalan tembakan digital, sistem komunikasi yang terkini dan beberapa penambahan ciri-ciri keselamatan.
TDM menerima unit G5 ini secara berperingkat, dengan batch pertama diterima dalam masa 12 bulan selepas perjanjian ditandatangani. Sistem ini mempunyai kemampuan memusnahkan sasaran sejauh 39 km dan berkemampuan untuk digunakan sebagai pertahanan pinggir pantai.
Meriam G5 155mm pada Eksesais Kuasa Tembakan 2011 (photo : Panggilan Pertiwi)Beratnya yang hanya 13.75 tan, membolehkan ia diaturgerak dengan menggunakan pengangkutan udara iaitu C-130H, mudah ditunda atau diangkut dengan menggunakan kapal pengangkut TLDM seperti "KD RAJA JAROM" kelas Landing Ship Tank (LST).
Meriam Artileri G5 ini dioperasikan oleh 22 Rejimen Artileri Diraja (RAD).
KD Rajah Jarom (A1502), ex-USS Sedgwick County dipensiunkan TLDM tahun 1999 (photo : Zulheimy Maamo)
Data Teknikal Meriam G5
Jenis: 155-mm
Panjang: (cal) 45-kaliber
Kadar Tembakan: 3 rds/min utk 15 min, 2 rds/min utk 60 min
Jenis Loader : Semi-automatik
Elevation: -3°/+75°
Peluru Utama: 155-mm Frag-HE, M1 HE
Indirect Fire Range (m) Jarak Minima : 3,000 m
Jarak Maksima : 39,000 m
Berat Projektil (kg): 8.7
Muzzle Velocity: 897 m/s