Eksesais Tiger Leap Uji Tahap Kesiagaan Operasi 10 Briged Para

01 November 2020

Eksesais Tiger Leap 2020 (photos : AirTimes)

KUANTAN – Seramai 400 anggota Pasukan Atur Cepat (PAC) daripada 10 Briged (Para) telah terlibat dalam latihan penerjunan sempena Eksesais Tiger Leap Siri 3/20 di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, semalam.

Eksesais yang diadakan secara tahunan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiagaan, pengoperasian dan menilai keupayaan elemen PAC.

Selain itu, latihan ini juga adalah untuk meningkatkan keupayaan, kemahiran dan currency anggota PAC dalam penerjunan payung terjun.

“Eksesais ini juga dapat menilai keberkesanan taktik, teknik dan prosedur penerjuanan selain meningkatkan tahap kemahiran kumpulan sokongan di dalam menyediakan bantuan khidmat bagi aturgerak Operasi Udara,” kata Tentera Darat Malaysia (TDM), dalam hantaran di media sosialnya.

Latihan penerjunan ini dilaksanakan bermula dengan latihan pemanasan di mock-up para ground traning di Kem Terendak, Melaka yang melibatkan semua anggota yang berkelayakkan.

Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Semaon Marjuki, mewakili Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain berkata, sebagai sebuah ketumbukan elit yang diaturgerak dengan cara yang berbeza berbanding dengan formasi Infantri biasa, latihan sebegini adalah amat penting bagi meningkatkan tahap kesiagaan dan pada masa yang sama untuk mengekalkan kompetensi anggota dalam Parachute Operation.


Beliau berkata, latihan khusus sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa agar tahap kompetensi anggota 10 Briged (Para) sentiasa berada di tahap yang terbaik.

“Pelaksanaan latihan seperti ini sejajar dengan tonggak pertama dalam perintah ulung PTD yang memberi penekanan untuk menambah baik tahap profesionalisme serta profisiensi taktikal dan teknikal melalui keberkesanan latihan individu, kolektif dan joint,”

Menurut TDM, eksesais kali ini turut melibatkan pesawat C130 H dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

“300 penerjun telah digugurkan pada paras ketinggian 1,000 kaki menggunakan para door secara twin exit dalam rangkai berteruan untuk anggota penerjun statik,

“Manakala anggota penerjun bebas membuat penerjunan pada ketinggian 10,000 kaki melalui ramp exit,

“Secara keseluruhannya, sejumlah 400 anggota terlibat dengan latihan penerjunan ini dengan pecahan sebanyak 300 penerjun dan bakinya adalah terdiri daripada kumpulan sokongan,” menurut kenyataan itu.

Subscribe to receive free email updates: