Penembakan Exocet SM39 dan MM40 Tampil dalam Eksesais Taming Sari 2021

14 Agustus 2021

Penembakan peluru berpandu SM39 Exocet dari kapal selam KD Tun Abdul Razak dan MM40 Exocet dari fregat KD Lekiu dan korvet KD Lekir (all photos - video : TLDM)

Eksesais Taming Sari Bukti Profesionalisme TLDM

KUANTAN - Eksesais Taming Sari siri 20/21 telah sampai ke kemuncaknya hari ini dengan kejayaan penembakan peluru berpandu EXOCET MM40 dan EXOCET SM39.


Kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu ini mengenai sasaran jelas membuktikan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara.


YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan menjadi saksi kepada kejayaan penembakan tersebut bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan, ATM dan TLDM.


Eksesais kali ini membabitkan 1,080 warga TLDM, TUDM dan APMM. 


Ketumbukan EKSESAIS TAMING SARI 20/21 terdiri daripada 9 buah kapal, 5 buah Fast Combat Boat (FCB), sebuah (1) kapal selam, 2 Super Lynx TLDM, 4 pesawat TUDM dan 2 aset APMM.


Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pertahanan turut dimaklumkan bahawa demi memastikan kelancaran dan kawasan operasi sentiasa terjamin, aset-aset yang terlibat bersedia lebih awal dan telah lama berada dilaut.


Beliau turut mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada TLDM dan wira-wira negara di atas segala pengorbanan yang sanggup berjauhan dengan keluarga demi memelihara kedaulatan dan keamanan negara.

(TLDM

Subscribe to receive free email updates: