KD SELANGOR (176) dan KD SUNDANG (112) kini dalam fasa Operational Readiness Evaluation atau ORE bermula 26 April sehingga 30 April.
Sepanjang fasa ini berlangsung, Bahagian Kesiagaan Markas Pemerintahan Armada Timur (N10) akan melaksanakan pelbagai pemeriksaan dan penilaian terhadap pengurusan organisasi, logistik serta tahap kompetensi warga kapal agar pengoperasian sentiasa berada di tahap tertinggi.
Semalam, kapal-kapal ini telah belayar di sekitar Perairan Sabah bagi melaksanakan pelbagai evolusi di laut manakala hari ini, warga kapal telah melaksanakan perbarisan di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.