5 Kapal TLDM Laksana Latihan Perang Borneo 2021

24 April 2021

Latihan Perang Borneo Siri 4/21 (all photos : TLDM)

Kota Kinabalu - 5 buah kapal TLDM iaitu KD SELANGOR, KD KEDAH, KD SUNDANG, KD SERANG dan KD GANAS selesai beraksi dalam Latihan Perang Borneo Siri 4/21 atau lebih dikenali sebagai Borneo War.


Latihan yang terlaksana di Perairan Laut China Selatan ini turut disertai Helikopter FENNEC TLDM dan Pesawat HAWK milik Tentera Udara Diraja Malaysia. 


Walaupun ketika bulan Ramadan, kapal-kapal TLDM sentiasa berada di Zon Operasi Maritim tanpa mengira waktu bagi mengawal keselamatan perairan negara.


Latihan-latihan kemahiran seperti komunikasi, ilmu kelautan serta navigasi tetap diteruskan dalam pengisian latihan/operasi bagi memastikan NavyPeople bersedia dan asetnya kekal siaga sebilang masa. 

Subscribe to receive free email updates: