Kos Senggaraan Pesawat TUDM Tinggi kerana Usia Aset yang Lanjut – Menteri Pertahanan

15 Agustus 2020

Pesawat tempur FA-18D dan Su-30MKM TUDM (photo : Bernama)

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan usia pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang lama merupakan antara punca kos senggaraan pesawat menjadi tinggi.

RMAF order of battle (all images : Scramble-cut)

“Keperluan alat ganti yang lebih mahal dan penglibatan kepakaran luar negara dalam melaksanakan kerja senggaraan (MRO) adalah memerlukan kewangan yang banyak.

“Selain itu, umur pesawat yang agak lanjut punca kos senggaraan tinggi,” jelas Menteri Pertahanan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat.

Menyentuh isu belanjawan untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Wan Hassan Mohd Ramli  (Dungun) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Ismail Sabri menjelaskan belanjawan yang diterima adalah lebih kecil berbanding yang dipohon.

“Pihak kementerian Pertahanan telah memohon sebanyak RM 368.842 juta. Namun kita telah diberikan sebanyak RM 203.7 juta berserta peruntukan tambahan sebanyak RM 30 juta.

“Oleh itu, defisit antara pemohonan dan peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM 135.142 juta,” ujarnya.

(AirTimes)

Subscribe to receive free email updates: