Pangkor War Siri 4/21 : Medan Menguji Kemahiran dan Meningkatkan Kesiagaan Armada

05 November 2021

Eksesais Pangkor War siri 4/21 (photos : TLDM)

LUMUT – Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) meneruskan kesinambungan latihan berkala yang telah sinonim dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Latihan Perang Pangkor siri 4/21 yang telah dilaksanakan di sekitar perairan Selat Melaka.  Latihan ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan bertujuan untuk menguji serta menilai tahap kesiagaan dan keupayaan armada serta warganya dalam melaksanakan tugasan teras di lapangan.


Latihan Perang Pangkor siri 4/21 pada kali ini telah disertai dan dijayakan oleh beberapa aset TLDM iaitu KD SRI INDERASAKTI, KD MAHAWANGSA dan KD JERAI serta disokong oleh sebuah pesawat SUPER LYNX dan FCB TLDM. Pelbagai siri latihan telah berjaya direalisasikan sepanjang latihan berlangsung meliputi aspek latihan Navigasi, Komunikasi, llmu Kelautan dan Peperangan. 


Sebagai nilai tambah, latihan Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA) juga turut dilaksanakan bagi menguji tahap ketersediaan warga kapal dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka dalam situasi sebenar di lapangan.


Latihan berkala seperti ini diperamati secara langsung meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan warga dalam situasi peperangan serta seterusnya mencapai objektif latihan yang telah ditetapkan. Latihan berkala secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan armada TLDM sentiasa berada ditahap kesiagaan yang tertinggi serta mampu menangani sebarang ancaman yang mendatang pada sebilang masa.

Subscribe to receive free email updates: