12 Oktober 2020
Pesawat tempur F/A-18D. Su-30MKM, dan Hawk 108/208 TUDM (photo : thrust.jet.aeronautics)
KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais Paradise Siri 7/2020 yang melibatkan ruang udara sekitar Semenanjung Malaysia bermula esok hingga 23 Oktober depan.
TUDM dalam kenyataan berkata, pesawat akan melaksanakan penerbangan rendah pada waktu siang dan malam di beberapa kawasan yang telah digazetkan sebagai lokasi latihan sepanjang eksesais tersebut.
“Antara pesawat yang terlibat termasuk pesawat pejuang F/A-18D, Su-30MKM dan Hawk 108/208; pesawat pengangkut C-130H, A400M dan CN 235 selain helikopter EC-725 AP.
“Latihan ini diadakan bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya di dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara,” menurut kenyataan itu.
TUDM turut menasihati orang ramai agar tidak cemas atau risau apabila melihat pesawat TUDM terbang rendah di kawasan mereka sepanjang tempoh eksesais dijalankan.
(Airtimes)