Pasukan Projek LCS Kunjungi Projek OPV APMM

04 Februari 2020


Projek OPV Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (all photos : APMM)

Lawatan kerja Pasukan Projek LCS TLDM di tapak pembinaan OPV Maritim Malaysia

PELABUHAN KLANG - Baru-baru ini Pasukan Projek Kapal Peronda Luar Pantai (OPV) Maritim Malaysia menerima lawatan kerja daripada Pasukan Projek Kapal Pertempuran Littoral (LCS) TLDM.



Lawatan seramai 6 pegawai diketuai Pengarah Projek LCS TLDM, Laksamana Pertama Saiful Bahri Bin Baharuddin bertujuan untuk berkongsi pengalaman, cabaran serta kemajuan pembangunan antara kedua-dua model aset Maritim Malaysia-TLDM yang mana ianya dibina di dalam negara.

Projek pembinaan kapal baharu Maritim Malaysia melibatkan tiga buah OPV yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan teknologi baharu ini bernilai RM 733juta dan OPV pertama dijangka siap dibina pada tahun ini.

(APMM)

Subscribe to receive free email updates: