Meriam 105mm LG1 MK III Mulai Dioperasikan Tentera Darat Malaysia

18 Oktober 2021

Rejimen Pertama Artileri Diraja Para (1 RAD Para) operasikan Meriam 105mm LG1 MK III (photos : TDM)

Tembakan Inaugurasi Meriam, Simbolik Status Pengoperasian 1 RAD PARA

GEMAS – Tapak G20 Lapang Sasar Asahan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas menjadi saksi berlangsungnya latihan tembakan inaugurasi Meriam 105mm LG1 MK III.

Latihan tembakan tersebut yang disaksi dan disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain,  turut disusuli dengan Pengisytiharan Status Pengoperasian Rejimen Pertama Artileri Diraja Para (1 RAD Para), pada hari ini.

1 RAD Para, yang ditubuhkan pada 15 Ogos 1957 di Kem Kajang, Selangor, telah melalui pelbagai evolusi dan penstrukturan pasukan. Ini termasuklah perubahan kepada kelengkapan persenjataan yang dimiliki pasukan ini.


Semenjak penubuhannya, pasukan ini telah dilengkapkan dengan tiga varian sistem persenjataan iaitu Meriam 25 Pounder, Meriam 105 mm Pack Howitzer dan yang terkini, pasukan memiliki Meriam 105 mm LG1 MK III yang dibekalkan pada bulan Oktober 2020.

Latihan tembakan ini dimulakan dengan taklimat latihan yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 1 RAD Para, Leftenan Kolonel Zakaria bin Saip Lani. Tan Sri PTD kemudiannya turut diberikan penerangan berkenaan peranan dan tanggungjawab anggota di pos perintah yang disampaikan oleh Pegawai Pos Perintah Bateri Alpha.
 
Seterusnya, Tan Sri PTD turut diberikan kesempatan untuk bersama-sama anggota 1 RAD Para, melaksanakan latihan tembakan Meriam 105 mm LG1 MK III, diiringi oleh Pengarah Rejimen Artileri Diraja (RAD), Brigedier Jeneral Dato’ Dr. Hj Ibrahim bin Yasir. Turut serta mengambil bahagian melaksanakan tembakan berkenaan Pegawai-Pegawai Kanan ahli Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat (STPTD) yang hadir.

Pelaksanaan latihan tembakan inaugurasi meriam sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28, “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, yang memberikan penekanan kepada aspek kesiagaan operasi untuk siap sedia diaturgerak pada sebilang masa.

(TDM)

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :